π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—š 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Pada 5 Februari 2024 (Isnin), Ybrs Tuan Asa’ari bin Zainudin, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau Pinang telah menerima Β Kunjung Hormat dari Ybrs Tuan Sabri bin Said, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang bersama dua (2) orang pegawai.

Pelbagai perkara telah dibincangkanΒ  termasuk perancangan program-program Β kolabrasi antara agensi yang melibatkan Arahan-Arahan MKN. Dalam pertemuan ini juga kedua dua pihak berkesempatan berkongsi pandangan mengenai halatuju agensi berteraskan kepada konsep Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat Β serta membincangkan isu-isu yang menjadi tumpuan di negeri Pulau Pinang.

Semoga kunjungan ini akan menjadi permulaanΒ  bagi kedua-dua pihakΒ  mengorak langkah kerjasamaΒ  dalam pelbagai aspek berteraskan tadbir urus yang baik.

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …