STESEN HIDRO TENOM PANGI OPERASI SEMULA MAC

KOTA KINABALU (5 februari): Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi akan beroperasi semula pada Mac ini selepas mengalami kerosakan besar pada Oktober lepas, kata pegawai terkanan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Stesen tersebut mengalami kerosakan besar pada 31 Oktober 2023 akibat tanah runtuh dan banjir lumpur, kata Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Mohd Yaakob Jaafar, dalam kenyataan media.

Kerja pembaikan dijangka siap pada Mac untuk turbin pertama, Jun untuk turbin kedua dan September untuk turbin ketiga.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Ekspres Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …