ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH II DALAM KENANGAN

Dalam pembukaan lembaran baharu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan hari ini, tarikh 31 Januari juga merupakan satu tarikh yang membawa kenangan sedih bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
31 Januari 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lalu.
“Ketika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya. Saya sedih Ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya,” titah Seri Paduka Baginda.
Di kala KDYMM Seri Paduka Baginda berdua memulakan tanggungjawab baharu kepada negara, tidak dilupakan kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Shah II.
Al-Fatihah
Gambar 1: Gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah II semasa menerima ijazah pada majlis graduasi di Universiti Oxford. Ia merupakan kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu Almarhum Ayahanda Baginda.
Gambar 2: Gambar rasmi ketika berkabung. Mengikut tradisi Diraja, Seri Paduka Baginda berkabung dan memakai putih selama 100 hari.
Gambar 3: Gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada satu majlis di Johor Bahru dan memakai putih kerana masih berkabung.

Artikel/Berita Terkini

SK PAYA RUMPUT BAKAL TERIMA BANGUNAN BAHARU

Paya Rumput – Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput dijangka menerima peruntukan berjumlah RM26 juta bagi pembinaan bangunan baharu dalam masa …

KERAJAAN NEGERI PERUNTUK LEBIH RM200,000 UNTUK ANUGERAH SUKAN, INSENTIF ATLET

Bandaraya Melaka – Sejumlah RM213,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi Anugerah Sukan Negeri Melaka termasuk pemberian insentif kepada atlet. Ketua Menteri, …

ISU 40 PERATUS HASIL SABAH DIMUKTAMAD ESOK – PM

ANWAR TAWAU: Keputusan sama ada kerajaan akan memfailkan rayuan berhubung tuntutan pemulangan 40 peratus hasil Sabah dijangka dimuktamadkan dalam Mesyuarat …