DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah menguatkuasakan kesalahan di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Lalu-lintas Jalan 1959 iaitu memotong disebelah kiri jalan /Potong Q, di Persimpangan Lampu lsyarat Jalan Tun Dr Awang, Relau.
Penguatkuasaan ini dilaksanakan berdasarkan aduan awam dan risikan, didapati banyak pengguna jalan raya gagal mematuhi peraturan isyarat lalu-lintas tersebut terutama di waktu puncak sehingga menyebabkan laluan di sebelah kiri jalan terganggu. Tindakan segelintir pemandu yang pentingkan diri sendiri menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain serta boleh mengundang risiko kemalangan sekiranya tidak diambil tindakan penguatkuasaan segera
Sebanyak 128 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan persendirian dan perkhidmatan awam yang melakukan kesalahan tersebut.
Sumber : JPJ Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang