DBKK REKOD LEBIH RM75 JUTA TUNGGAKAN CUKAI KADARAN

KOTA KINABALU (30 Januari): Pembayar cukai kadaran di bandar raya ini berhutang lebih RM75 juta berdasarkan jumlah tunggakan cukai yang direkodkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sehingga hari ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, jumlah itu adalah melibatkan cukai kadaran; faedah dan bayaran notis (Notice Fee).

“Dari jumlah itu, sebanyak RM54,303,773.85 adalah melibatkan jumlah tunggakan cukai kadaran dan sebanyak RM19,211,932.73 adalah melibatkan faedah selain RM2,167,635.46 adalah melibatkan ‘Notice Fee’ yang direkodkan sehingga hari ini.

“Justeru, DBKK menggalakkan semua pembayar cukai (ratepayers) menjelaskan cukai kadaran masing-masing untuk mengelakkan pengenaan faedah serta tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis ‘Mayor’s Correspondent’s’ di sini semalam.

Dr Sabin berkata, sebanyak 11 notis tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 telah difaikkan pada tahun lalu selain tujuh kes saman untuk tindakan ‘execution order’ berjumlah RM64,518.24.

Katanya, dalam tahun yang sama, sebanyak 68 kes yang telah difailkan di mahkamah telah berjaya diselesaikan melibatkan kutipan sebanyak RM634,051.52.

“Untuk menggalakkan pembayaran tunggakkan cukai, sebanyak 75 peratus (untuk suku tahun pertama sahaja) diskaun ke atas faedah fee serta notice pemberitahuan adalah diberikan dengan syarat pembayaran cukai tunggakan dibayar sekali gus.

“Rebat sebanyak lima peratus ke atas cukai tahun semasa pula diberikan sekiranya pembayar cukai kadaran tahun semasa dibayar sekali gus pada atau sebelum 31 Mac 2024,” katanya.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : SABAH MEDIA

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut