SINDIKET SELUDUP PATI TUMPAS

KOTA KINABALU (29 Januari): Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melumpuhkan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan tertangkapnya empat individu dalam operasi penguatkuasaan di daerah ini dan Penampang.

Operasi yang bermula jam 4.10 pagi, pada 27 Januari lalu, keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 56 tahun warga tempatan ditahan di dua lokasi berasingan.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussoff berkata, ketika serbuan dan pemeriksaan terdapat kejadian warga asing cuba melarikan diri dari pasukan operasi.

Katanya, pemeriksaan terhadap kenderaan dilakukan dan mendapati sembilan individu berada di dalam kenderaan jenis pacuan empat roda.

“Enam daripadanya termasuk seorang kanak-kanak berada di ruang dalam kenderaan manakala tiga bersembunyi di ruang belakang kenderaan berkenaan.

“Siasatan mendapati kenderaan dipandu lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dikesan bergerak dari Sandakan jam 9.30 malam, pada Jumaat lalu, menuju bandar raya ini,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat JIM Sabah, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil risikan juga berjaya mengenal pasti sebuah rumah di kawasan Penampang disyaki digunakan sebagai rumah transit bagi PATI yang diseludup sebelum dihantar ke lokasi-lokasi yang lain.

“Hasil serbuan terhadap rumah transit itu berjaya menahan tujuh warga asing yang disyaki terbabit dalam kesalahan penyeludupan migran.

“Hasil daripada kedua-dua serbuan itu berjaya menahan seramai 11 warga Filipina berusia lapan bulan hingga 47 tahun.

“JIM Sabah juga menahan seramai empat warga tempatan iaitu dua lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dengan penyeludupan migran,” katanya.

Beliau berkata, sindiket ini menyediakan perkhidmatan membawa masuk warganegara asing khususnya warganegara Filipina dengan bayaran sekitar RM1,500 sehingga RM2,500 bagi seorang warga asing.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan Pulau Bakungan Besar, Filipina sebagai transit sebelum memasuki ke Sabah.

“Turut dirampas ketika serbuan iaitu sebuah kenderaan jenis Isuzu D Max, kerana disyaki digunakan untuk menyeludup migran,” katanya.

Katanya lagi, semua tangkapan PATI akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Kota Kinabalu, untuk siasatan dan tindakan susulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55E iaitu membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 26(A) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007 iaitu kesalahan penyeludupan imigran haram.

“Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

“JIM mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PATI atau terpaksa berhadapan dengan undang-undang,” katanya.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Info X

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut