CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK DIESEL GAGAL

KOTA BHARU : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Pencegahan Penyelewengan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Lokasi kejadian di tepi jalan, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada jam 4.50 petang kelmarin telah menyita anggaran 210 liter minyak diesel bersama sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo berpendaftaran asing disyaki tangki telah diubah suai.
Pasukan mengekori saspek sejauh 2 kilometer dan berjaya menahan seorang perempuan warganegara tempatan berumur 20an merupakan pemandu kenderaan tersebut.
Siasatan awal saspek mengaku membuat pembelian pengisian kedalam tangki ubahsuai kenderaan secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu, Kelantan dan kes ini disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pemeriksaan lanjut mengesyaki dua tangki kenderaan telah diubahsuai dan menjumpai beberapa saluran untuk mengeluarkan minyak diesel dipercayai untuk tujuan penyelewengan.
Terdahulu maklumat awam saspek mencurigakan telah membuat pembelian pengisian bahan bakar petroleum di stesen-stesen minyak sekitar Kota Bharu, Kelantan disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diselewengkan ke negara jiran.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut