DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Seorang pemandu diambil tindakan di bawah APAD 2010 dan APJ 1987 selepas berjaya dikesan oleh Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang kerana melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa Lesen Pengendali ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pemandu Toyota Innova tersebut juga didapati tidak mempunyai Lesen Memandu telah mengambil penumpang dari Airport ke lokasi yang diminta oleh pengguna dengan mengenakan bayaran tertentu tidak mengikut kadar tambang sebenar Teksi atau Kadar mengikut tambang e hailing.
Sumber : JPJ Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang