DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berangkat ke majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat hari ini.
Majlis diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru bersempena keberangkatan DYMM Baginda Tuanku Sultan dan DYMM Baginda Tuanku Permaisuri ke Kuala Lumpur.
Majlis dipimpin Tuan Haji Makhadzir Abdan Al-Hafiz, Imam Besar Negeri Johor.
Hadir sama, Mohd Nazri Ali, Imam Daerah Johor Bahru, Ishaq Hanis Asmail, Penolong Pengarah Unit Khutbah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Aizuddin Bakri, Bilal Masjid Sultan Abu Bakar.
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, minggu depan.
Foto Royal Press Office