Perkongsian ibu bapa mengenai aktiviti harian anak mereka seperti gambar dan daftar masuk lokasi secara terbuka di media sosial boleh mengundang risiko kepada perlakuan jenayah seksual.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Bukit Aman ACP Siti Kamsiah Hassan berkata maklumat berkenaan menarik pelaku seksual terutama golongan pedofilia untuk merancang perbuatan jenayah.