MATIKAN TELEFON JIKA TERIMA PANGGILAN PUSAT RESPONS SCAM KEBANGSAAN

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) memohon agar orang ramai agar tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurut BNM, NSRC dan pihak berkuasa lain tidak melakukan sebarang panggilan telefon kepada mana-mana pihak atau meminta butiran perbankan sensitif seperti One Time Passcode (OTP) atau kata laluan.

“Berhati-hati kerana taktik penipuan ini semakin meningkat. NSRC dan pihak berkuasa lain tidak akan mengarahkan anda untuk memindahkan wang kepada akaun lain. Matikan panggilan!

“Berjaga-jaga terhadap penipu yang menyamar sebagai NSRC, dengan menuduh jenayah palsu.

Justeru, BNM memohon mana-mana individu untuk sentiasa peka bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah scam.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan kewangan, segera hubungi bank atau NSRC melalui talian 997.

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut