π—π—›π—˜π—”π—œπ—‘π—¦ π—šπ—”π—Ÿπ—”π—ž π—£π—˜π—¦π—œπ—Ÿπ—”π—§ π—œπ— π—”π—₯𝗔𝗛 π— π—”π—¦π—π—œπ——

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama Dewan Seni Silat Malaysia (DSSM) Cawangan Negeri Sembilan dan Persatuan Pengajian Islamiah dan Kebudayaan Rumbawe telah mengadakan program Ziarah Ilmi Gelanggang Silat Siri Pertama di sini pada 20 Januari 2024 lalu bertempat di Masjid Kariah Kabong Inas, Johol, Negeri Sembilan.

Program sulung ini dimulakan di Gelanggang Silat Persatuan Seni Silat Gerak Insan Negeri Sembilan yang terletak di Masjid Qariah Kampung Kabung ini dihadiri hampir 250 warga qariah dan wakil gelanggang silat dari serata negeri. Program dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, majlis zikir seterusnya Tausiyah Tauhid bertajuk Qudrah Allah yang disampaikan oleh Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah JHEAINS.

Objektif program ini memupuk sikap golongan pesilat untuk mendekati juga mengimarah masjid seterusnya dapat melestarikan pengkaderan sukarelawan JHEAINS untuk turut serta aktiviti-aktiviti masjid setempat.

Sumber:Β Facebook JHEAINS

Artikel/Berita Terkini

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut