Penjawat Awam Perlu Selesaikan Program Pembelajaran ‘AI Untuk Rakyat’

AI UNTUK RAKYAT

 

 


Semua penjawat awam di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan diarah menyelesaikan program pembelajaran dalam talian ‘AI untuk Rakyat’. Program berkenaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai Kecerdasan Buatan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, melalui surat pekeliling bertarikh 17 Januari lalu. Surat pekeliling itu dihantar kepada Ketua Setiausaha semua kementerian, semua ketua jabatan peringkat persekutuan, setiausaha kerajaan negeri serta ketua badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Penyertaan penjawat awam dalam program AI untuk Rakyat ini dilihat berupaya untuk meningkatkan pencapaian pelaksanaan inisiatif pendigitalan oleh kerajaan dalam perkhidmatan awam.

JPA tidak menetapkan tarikh akhir secara khusus bagi penjawat awam menyelesaikan program berkenaan. JPA mahu kemajuan mengenai penyertaan dalam program itu diserahkan kepada Kementerian Ekonomi.

Program AI Untuk Rakyat dilancarkan oleh Anwar pada 16 Januari lalu manakala program pembelajaran dalam talian itu adalah kerjasama antara MyDigital Corporation dan Intel Corporation. Program itu boleh diakses melalui www.ai.gov.my yang disediakan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu AI Aware dan AI Appreciate, yang boleh diselesaikan dalam masa kira-kira empat jam.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut