AWAS ! JANGAN TERPEDAYA PENIPUAN TAWARAN KERJA SAMBILAN SECARA DALAM TALIAN

Sejak kebelakangan ini, berlaku peningkatan kes penipuan terhadap penduduk Labuan yang ditawarkan kerja sambilan di platform media sosial yang telah menyebabkan 15 orang termasuk penjawat awam kehilangan wang simpanan dan mengalami kerugian RM203,507.

Menurut Ketua Polis Labuan, Superintenden Hamizi Halim, Bahagian Jenayah Komersil Labuan menerima 15 laporan polis berhubung penipuan sedemikian sejak awal bulan ini.

Beliau berkata penipuan itu melibatkan penubuhan kumpulan WhatsApp, di mana pentadbir bernama Olivia merekrut orang untuk membentuk kumpulan tambahan dan menambah seberapa ramai kenalan sebanyak mungkin.

Ahli  kumpulan itu dijanjikan  pekerjaan sambilan  bergaji tinggi dan  ditipu untuk membuat pelaburan dalam talian yang menyalahi undang-undang.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut