DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Peraiย telah menjalankan pemantauan di Taman Rekreasi Ampang Jajar, Seberang Perai Tengah ย bagi melihat dengan jelas hasil kerja-kerja naiktaraf yang sedang dijalankan. Selain itu turutย melihat penambahbaikan yang boleh dibuat serta menilai persediaan semasa bagi proses pembukaan semula kawasan rekreasi ini untuk kegunaan masyarakat sekitar.
Kawasan rekreasi ini dijangka akan dibuka semula untuk kegunaan orang ramai bagi menjalankan aktiviti riadah setelah kerja-kerja penambahbaikan selesai bagi menyediakan kemudahan awam yang selamat serta berkualiti.
Datuk Bandar juga turut berkesempatan memantau persediaan kawasan program yang akan diadakan Nibong Tebal Festival pada 20 & 21 Januari 2024 mulai jam 6 petang hingga 11 malam di Jalan Pasar Lama, Nibong Tebal, SPS. Lawatan tapak dibuat bagi memastikan persediaan yang dijalankan dapat menyediakan ruang kekeluargaan serta festival yang meriah, selamat serta mencapai matlamat untuk mewujudkan festival pertama yang ikonik di Seberang Perai Selatan (SPS) kelak.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Peraiย https://www.facebook.com/mbsp.pg