Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Malaysia Singapura

Syukur Alhamdulillah,YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor berpeluang mengiringi Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) secara simboliknya disambungkan antara Malaysia dan Singapura.
Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira 4 kilometer dengan dua stesen masing-masing di Bukit Chagar, Johor dan di Woodlands North, Singapura yang dianggarkan menelan belanja RM10 bilion (AS$2.15 bilion).
Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen, laluan RTS yang dijadualkan siap pada Disember 2026.
Semoga inisiatif ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor – salah satu lintasan sempadan paling sibuk di dunia dalam meningkatkan mutu kesalinghubungan negeri Johor, Malaysia dan Singapura.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
May be an image of the Queensboro Bridge, fog, the Panama Canal and oil refinery
May be an image of 6 people and text
May be an image of 16 people and text
May be an image of 1 person
May be an image of 10 people and text
May be an image of the Queensboro Bridge, fog, the Panama Canal and oil refinery

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut