Selepas bertungkus lumus memberikan perkhidmatan kepada penduduk yang terjejas banjir baru-baru ini, lebih 3,000 sukarelawan Southern Volunteers (SV) diraikan dalam satu majlis sebagai tanda terima kasih kerana menjayakan misi pasca banjir di Kota Tinggi.
Kesemua wira SV yang terdiri daripada kakitangan dari 40 agensi dan jabatan kerajaan itu juga berjaya memungut kira-kira 300 tan sampah dari 3,877 lokasi yang meliputi kawasan perumahan, pusat komersil, rumah ibadat, sekolah dan pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah berkenaan.

















