MANGSA KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN RM2 RIBU

KOTA BHARU – Nasib sembilan keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Jumaat lalu mendapat perhatian kerajaan negeri melalui sumbangan bernilai RM2 ribu bagi setiap keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita YB Rohani Ibrahim berkata, sumbangan tersebut diberikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya membantu mereka yang ditimpa musibah untuk meringankan beban mereka yang terlibat.
“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua mangsa sempat menyelamatkan diri bersama ahli keluarga. Terima kasih kepada pihak bomba, pihak keselamatan serta orang ramai yang telah membantu.
Sumbangan yang diberikan ini biarpun nilainya sedikit, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban, dan boleh memberi semangat baharu kepada mereka semua,” katanya selepas berkunjung ziarah ke tempat kejadian pada tarikh yang sama.
Terdahulu, pada insiden 12 Januari itu, seramai 36 ahli keluarga dari enam buah rumah telah hangus terbakar dan tiga buah rumah lagi hanya mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut