BERSENAM WAKTU MALAM ‘SILENT KILLER’ BADAN?

KOTA DARULNAIM – Trend bersenam pada waktu malam kini menjadi tular di laman sosial kerana dianggap melawan fitrah dan tidak sesuai untuk kesihatan badan sekiranya dilakukan dalam satu jangka masa yang panjang.
Menerusi satu hantaran di aplikasi X, ada pengguna yang menggelar senaman pada waktu malam sebagai ‘silent killer’ (pembunuh senyap) kerana amalan tersebut sebenarnya boleh memberikan tekanan pada badan.
“Bersenam pada waktu malam nampak sihat. Oleh itu, ramai yang ‘lenjan’ kerana beranggapan senaman tersebut baik untuk kesihatan.
“Bagaimanapun, diam-diam, ia boleh membawa mudarat pada badan,” katanya.
Tambahnya, waktu malam dicipta sebagai masa berehat bukannya untuk bersenam, bertepatan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam.
“Islam sebagai cara hidup. Ikut fitrah manusia, insyaAllah ada manfaatnya,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rta-rata netizen mempunyai pendapat yang sama, lebih-lebih lagi setelah mendapati ramai yang meninggal dunia disebabkan bersukan pada waktu malam.
“Ramai yang meninggal masa main badminton selepas waktu kerja. Saya punya jurulatih pun pernah pesan, kalau penat kerja siang janganlah main badminton pada waktu malam,” kata seorang pengguna.
“Sepupu saya kena sakit jantung masa main bola pada waktu malam. Dia bukan perokok dan tidak obes. Lepas main bola, dia duduk dan tiba-tiba tumbang. Sampai hospital terus meninggal,” kata pengguna X, Reen.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut