PELUPUSAN HARAM DISYAKI BAHAN BERBAHAYA DI KESAN DI PORT DICKSON

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menerima aduan berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, aduan itu diterima kira-kira jam 11.15 pagi. Satu pasukan pegawai JAS membuat siasatan di lokasi jam 3.15 petang dan mendapati sisa buangan berwarna kehijauan yang berbau seakan `solvent’ di kesan di situ.

“Kawasan kejadian terletak di kawasan ladang kelapa sawit dengan permukaan ‘gradient’ yang berbeza, menyebabkan buangan mengalir seterusnya bertakung di kawasan rendah. Namun tiada aliran air di kawasan buangan itu. Dua sampel diambil dalam bentuk cecair untuk dianalisis JAS.

Menurut Veerapan, keluasan kawasan dalam anggaran 70’x10′ dan satu pita penghadang juga sudah di pasang di situ bagi mengelak orang awam memasukinya. Pegawai JAS juga sudah membuat satu laporan di Balai Polis Tanah Merah bagi memaklumkan penemuan buangan itu selain mendapatkan bantuan untuk pemantauan kawasan. Pihaknya juga sedang menyiasat kandungan bahan itu kerana bimbang ia boleh memudaratkan orang ramai terutama penduduk sekitar.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …