Sebanyak tiga kawasan pantai awam di Port Dickson telah ditetapkan sebagai kawasan larangan perkhemahan berkuat kuasa serta merta. Menerusi notis pemakluman yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), tiga pantai tersebut adalah Pantai Bagan Pinang, Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, larangan tersebut dikeluarkan selepas pelbagai aduan diterima terutamanya khemah yang didirikan itu telah mengganggu pengunjung lain untuk ke kawasan pantai. Isu yang timbul apabila banyak khemah didirikan yang mengganggu pengunjung lain untuk sampai ke pantai, ada juga yang menggunakan kemudahan wakaf untuk didirikan sebagai tempat perkhemahan mereka.
Beliau telah menyampaikan mesej kepada MPPD, mereka kena bertegas, mudahkan pelancong untuk datang ke Port Dickson tanpa ada masalah dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Banyak rungutan diterima daripada pelancong yang hadir, ia juga boleh mengganggu perniagaan, beliau juga tidak mahu peniaga merungut kerana bilangan pengunjung yang hadir semakin berkurangan, selain tidak mahu pelancong kecewa apabila mereka datang ke Port Dickson.
Orang ramai yang mahu berkhemah boleh melakukan aktiviti itu di beberapa kawasan yang telah ditetapkan sahaja. Mereka boleh bentang tikar sahaja, jangan ada khemah kerana ia tidak sesuai dan mengganggu orang lain, kalau mahu berkhemah, ada kawasan disediakan.
Beliau juga tidak mahu berlakunya kejadian (di luar kawalan), berada dalam khemah berlaku sesuatu, nanti yang dapat masalah adalah pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri juga dipersalahkan.
Sementara itu, menerusi notis pemakluman yang dikeluarkan itu, sebarang pelanggaran terhadap larangan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MPPD) 2008 dan boleh dikompaun sebanyak RM1,000.
Sumber: Utusan Malaysia