NAZIRAN PEMBORONG BARANG KAWALAN

TUMPAT 09 Jan : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Naziran ke atas pemborong LPG dan pematuhan permohonan Permit di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi premis perniagaan yang menggunakan barang kawalan berjadual dalam operasi syarikat.
Pemeriksaan keatas pemborong LPG mendapati pemborong mematuhi undang-undang dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Selain itu peniaga mematuhi perundangan subsidiarinya dalam menjalankan urusniaga LPG, tidak berlaku ketirisan barang kawalan di peringkat pemborong, lesen CSA yang masih sah, memiliki dan menyelenggara buku stok dengan lengkap mengikut elemen diperuntukan di bawah Per 13, PPKB 1974, dokumen bekalan LPG berintegriti serta dokumen jualan LPG yang berintegriti.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-👉 https://linktr.ee/kpdn

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …