RASUAH: BERHENTI SEBELUM SPRM DATANG – AMINUDDIN

Penjawat awam Negeri Sembilan yang berniat untuk melakukan penyelewengan dan rasuah dinasihatkan supaya berhenti sebelum dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, SPRM diberi kuasa penuh untuk terus menyiasat mana-mana penjawat awam di negeri ini sekiranya ada yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral itu.

Semasa pelancaran Pangkalan Data Utama (PADU), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada SPRM dan polis kerana begitu tegas kepada pelaku rasuah dan memberi kuasa penuh untuk menjejaki individu yang terlibat dengan rasuah dalam kementerian.

Beliau juga sealiran dengan Perdana Menteri, jika ada yang sedang berniat atau sedang merancang untuk tujuan tersebut, lebih baik berhenti sebelum SPRM datang ke pejabat anda.

Beliau turut menyeru penjawat awam supaya mengamalkan urus tadbir yang baik, mengelakkan pembaziran dan mencegah ketirisan selain memastikan setiap ringgit hasil kerajaan negeri dibelanjakan mengikut keperluan.

Negeri Sembilan telah melonjakkan hasil negeri daripada RM400 juta ke RM500 juta dalam tempoh lima tahun berikutan kesepakatan dalam mengurus tadbir kewangan.

Aminuddin turut meminta penjawat awam untuk memperkasa usaha menangani kos sara hidup rakyat dan mencari kaedah terbaik supaya masyarakat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang di samping memastikan bekalan makanan mencukupi.

Mereka perlu bekerjasama dengan agensi yang memberi perkhidmatan terus kepada rakyat seperti Baitulmal Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekali gus memastikan kekayaan harta negeri ini tidak berlegar dalam golongan tertentu sahaja.

Pelbagai program pemerkasaan ekonomi rakyat berjaya dilaksanakan sejak 2018 termasuk bantuan modal untuk usahawan, Bantuan Anak Sekolah, Biasiswa Anak Negeri dan pemberian subsidi Rumah Harapan.

Penjawat awam juga katanya, perlu memastikan sistem penyampaian awam di negeri ini diperhebat demi mengoptimumkan sumber kerajaan untuk manfaat rakyat selain mencanai minda bagi mendepani cabaran.

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei):Β Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut