NEGERI SEMBILAN LULUS SOP PERLOMBONGAN NR-REE

Kerajaan Negeri Sembilan sudah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan telah meluluskan SOP tersebut hari ini dan antara keputusan yang diambil adalah semua pembangunan berkaitan NR-REE di negeri ini mesti mempunyai usaha sama dengan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan.

Ia supaya kerajaan negeri dapat memantau perkembangan aktiviti perlombongan termasuk bagi mengetahui berapakah hasil yang diperoleh. Sudah ada permohonan daripada pihak swasta namun syarikat perlombongan itu mesti ada JV (usaha sama) dengan kerajaan negeri supaya kita tahu berapakah hasil yang keluar selain mahu memantau sama ada terdapat kesan kepada tanah yang berada berhampiran, MBI akan melantik pihak geologi bagi memastikan ia dapat dikawal.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong juga akan melawat kilang REE di China pada bulan ini bagi mengetahui lebih lanjut bagi tujuan pembangunan NR-REE di negeri ini. Kaedah (perlombongan) yang akan kita gunakan adalah dari negara China tetapi kerajaan negeri terbuka untuk menerima syarikat-syarikat lain dari negara China tetapi mereka perlu membentangkan kaedah yang mahu mereka gunakan selain yang digunakan oleh syarikat dari China.

Mengikut SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan Pusat serta beberapa SOP dari negeri lain hanya membenarkan kaedah perlombongan dari China tetapi kerajaan Negeri Sembilan terbuka dan turut memaklumkan setakat ini sumber REE di negeri ini dikenal pasti berada di daerah Jelebu dan Kuala Pilah.

Sebelum ini beliau memberitahu, Negeri Sembilan dianggarkan mempunyai sumber NR-REE mencecah nilai RM30 bilion. Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mengutip hasil sebanyak RM541.29 juta bagi tahun 2023 melebihi sasaran sebanyak RM450 juta.

Hasil bukan cukai menyumbangkan kutipan tertinggi sebanyak RM325.01 juta atau 142.57 peratus diikuti dengan terimaan bukan hasil sebanyak RM63.94 juta atau 102.8 peratus manakala hasil cukai sebanyak RM152.33 juta atau 95.31 peratus.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut