JPJ PULAU PINANG: PENGUATKUASAAN DEMI KESELAMATAN PENGGUNA LALU LINTAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

Penguatkuasaan Undang-Undang

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Ops Patuh Pelbagai Kesalahan di Lebuh Tenggiri, Seberang Jaya dan Plaza Tol Sungai Dua. Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, tiada lesen memandu kenderaan barangan (GDL) dan kesalahan teknikal seperti cermin gelap, pasang strobe light dan tayar haus berlebihan, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran dan lain-lain kesalahan teknikal. Sebanyak 188 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan dalam operasi yang dilaksanakan pada 21 Disember 2023 (Khamis).

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut