24 LAPORAN MENYAMAR PEGAWAI PUSAT RESPONS SCAM, RUGI HAMPIR RM800,000

SHAH ALAM, 21 DIS: Polis menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20 bagi tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai NSRC mendakwa NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat aduan kononnya ia menghantar pautan haram serta mesej penipuan.

Beliau berkata bagi tujuan siasatan, panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan mangsa akan diarahkan mengikut segala arahan diberikan sehingga melakukan pindahan wang ke akaun diberikan.

“NSRC adalah pusat panggilan yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai. Ia berbentuk komunikasi satu hala sahaja. NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu.

“Justeru, sebarang panggilan mengaku daripada pihak NSRC adalah satu penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mangsa yang terlibat untuk segera menghubungi NSRC di talian 997 untuk melaporkan insiden berlaku.

“Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang dipindahkan lebih tinggi.

“Pada masa sama, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan mudah percaya dengan apa jua dakwaan diterima melalui panggilan daripada individu tidak dikenali. Lakukan semakan dengan agensi berkaitan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu,” katanya.

-BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut