SUMBANG MAHRAM: ANCAMAN SERIUS INSTITUSI KEKELUARGAAN

Kejadian sumbang mahram yang semakin meningkat di kalangan remaja boleh memberi impak negatif kepada pelbagai aspek kehidupan mereka. Antara kesan besar yang berlaku adalah impak psikologi. Remaja yang terlibat dalam hubungan sumbang mahram mungkin mengalami tekanan emosi, perasaan cemas dan tekanan perasaan akibat konflik pertembungan nilai-nilai peribadi dan sosial.

Perlakuan sumbang mahram menyebabkan ketidakstabilan emosi, termasuk kemurungan, kekecewaan, atau kebimbangan. Kesannya mungkin meresap ke dalam perhubungan keluarga, menyebabkan ketegangan dan konflik di antara ahli keluarga yang akhirnya akan memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.

Risiko kesan sumbang mahram juga termasuk risiko kesihatan reproduktif seperti kehamilan luar nikah yang boleh memberikan cabaran besar kepada remaja dan keluarga. Hubungan sumbang mahram sering berakhir dengan perpecahan dan kerosakan besar kepada psikologi remaja terlibat.

Remaja yang terlibat dalam hubungan sumbang mahram mungkin mengalami perasaan hilang kepercayaan diri dan identiti diri, terutamanya jika hubungan tersebut dihebahkan di kalangan masyarakat. Malah, tidak mustahil kejadian sumbang mahram berlaku akibat paksaan dan elemen jenayah oleh ahli keluarga yang lebih berusia.

Kesan hubungan sumbang mahram merupakan kesan yang berterusan dalam jangka panjang dan sangat mempengaruhi perkembangan sosial, emosi, dan psikologi remaja hingga ke alam dewasa.

Sokongan keluarga, masyarakat, dan institusi pendidikan amat penting dalam membantu remaja menghadapi cabaran-cabaran ini dan membina kehidupan yang sihat dan positif. Ini selari dengan Teras Keselamatan ke 6 iaitu Keadilan Sosial yang melihat kepada isu pemeliharaan fabrik sosial dan tingkah laku sosio-budaya di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Artikel: Puan Roshila Noor Abdul Ghani

Sumber: SUMBANG MAHRAM: ANCAMAN SERIUS INSTITUSI KEKELUARGAAN

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut