LAWATAN YM RAJA DATO’ KPKN KE PPS KUALA NERUS

Lawatan oleh YM Raja Dato’ Nushirwan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Daerah Kuala Nerus telah diadakan pada 21/11/2023 di PPS Sk Tok Jembal. Lawatan diadakan pada jam 4.00 Petang-5.30 Petang pada hari pertama PPS tersebut dibuka.
lawatan oleh YM Raja Dato’ Nushirwan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Daerah Kuala Nerus ADALAH BERTUJUAN MELIHAT SENDIRI PENGURUSAN PPS BAGI MANGSA BANJIR SERTA menyantuni mangsa banjir.
Kehadiran YM Raja Dato’ disambut oleh wakil dari Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Lawatan yang turut disertai oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai adalah bertujuan bagi meninjau pengoperasian PPS serta bertanya khabar kepada mangsa banjir sekitar Kuala Nerus. Turut disampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan kepada wakil Pejabat Daerah untuk kegunaan penghuni PPS.
 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut