DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT
(Keselamatan Makanan)
Kuih-muih tradisional merupakan hidangan yang sering disediakan dalam pelbagai majlis dan jamuan.Ia menjadi tradisi bagi meraikan tetamu dan memeriahkan lagi majlis tersebut. Walau bagaimanapun pemilihan kuih yang kurang kandungan gula juga penting bagi menggalakkan tetamu mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil jenis kuih yang kurang kandungan guia.
Teruskan amalan pemakanan yang sihat bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. WHO (2015) menyarankan pengambilan gula sehari bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah keperluan tenaga harian. Bagi individu yang sedentari, keperluan kalori harian adalah 1500 kalori, jadi saranan pengambilan gula adalah tidak melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil di dalam makanan dan minuman harian yang lain.
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/jknpenang