1,152 PPS TERSEDIA UNTUK MANGSA BANJIR DI SELANGOR

SHAH ALAM – Sebanyak 1,152 pusat pemindahan sementara (PPS) diwartakan sebagai persediaan menghadapi bah di Selangor susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dijangka sehingga Mac 2024.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, pewartaan itu dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dengan PPS itu disiapkan mengikut garis panduan.

Katanya, selain itu turut dikuatkuasakan adalah pengendalian untuk mangsa yang mengalami masalah kesihatan.

“Bekalan keperluan asas semasa bencana juga dipastikan dalam keadaan baik dan mencukupi.

“Semua aset seperti pam air pelbagai jenis, stesen bagi telemetri, amaran, paras air kamera pemantauan banjir dipantau secara harian bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan bersedia,”

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata demikian bagi menjawab soalan Michelle Ng Mei Sze (PH – Subang Jaya) berhubung kesiapsiagaan banjir.

Najwan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana Selangor menjelaskan agensi seperti polis, bomba, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam keadaan bersiap siaga selain telah merangka pelan tindakan operasi semasa MTL.

Tambahnya, aset-aset yang digunakan semasa operasi mencari dan menyelamatkan telah ditempatkan di lokasi strategik seperti di pangkalan hadapan setiap daerah.

“Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) sedang merancang pembangunan satu ‘dash board’ pengurusan bencana dan sumbangan barangan keperluan lebih komprehensif meliputi inventori aset, stok bekalan bencana, PPS mangsa dan pemetaan lokasi bencana serta mobilasi petugas dan sukarelawan.

“Cadangan (guna sistem bersasar sumbangan bagi) mangsa akan diambil kira supaya tindakan sewajarnya dapat dijalankan.

KOSMO ONLINE

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut