PAMERAN ”THE ALHAMBRA : PARADISE ON EARTH”

Buat julung kalinya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama Kedutaan Besar Sepanyol di Malaysia melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan program pameran ”The Alhambra : Paradise On Earth”

Pameran ini merupakan salah satu pameran khas di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti yang mempamerkan keunikan foto “The Alhambra: Paradise on Earth” yang berkait dengan budaya dan warisan negara Sepanyol dari zaman awal sehinggalah kedatangan islam di Sepanyol.

Setakat dari semalam, kehadiran pelawat telah mencecah sehingga 1000 orang.

Pameran ini bermula dari 11 November hingga 11 Disember 2023, seawal dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bertempat di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti.

Kemasukan ke pameran ini adalah percuma. Orang ramai dijemput hadir bagi melawat pameran khas ini.

Sumber: FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut