DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat
Keselamatan Dalam Negeri
Polis Barat Daya membuat Pemantauan Pencegahan Jenayah di kedai-kedai serbaneka (24 jam) sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Telok Kumbar dan Balai Polis Queensbay. Hasil pemantauan pada 8 November 2023 mendapati tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku dan dalam keadaan baik.


Polis Barat Daya membuat pemantauan secara berkala supaya dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis dalam menangani kes-kes jenayah terutamanya kes samun di kedai serbaneka (24 jam). Selain itu juga, pekerja kedai dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti jenayah yang berlaku di kawasan sekitar supaya pihak polis boleh mengambil tindakan dengan kadar segera.