KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN DIPERTINGKAT, TANGANI JENAYAH KIAN KOMPLEKS

SHAH ALAM, 27 Oktober 2023

Polis meningkatkan tahap kawalan sempadan negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terjamin susulan ancaman jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin kompleks.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah mengatur gerak kesemua elemen di bawahnya bagi tujuan itu.

Beliau berkata ia bukan sahaja tertumpu ke arah menjaga keselamatan di darat, bahkan turut meliputi ruang udara dan perairan negara.

“Selain itu, JKDNKA juga telah melancarkan pelbagai operasi bersepadu dengan mengatur gerak aset milik pasukan seperti kereta perisai, Unit Berkuda serta pemantauan udara menggunakan helikopter dan dron di kawasan sempadan negara,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan KPN anjuran JKDNKA di Bukit Aman.

Sementara itu Razarudin berkata 6,476 kes dilaporkan kepada JKDNKA bagi tempoh Januari hingga September lalu melibatkan 4,356 tangkapan, di samping rampasan pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan RM789.99 juta.

“Antara kejayaan dikecapi adalah daripada Cawangan Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas, yang membuat tangkapan dan rampasan terhadap pelbagai barangan makanan sejuk beku dianggarkan bernilai RM21 juta.

Selain itu Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) berjaya melaksanakan 28 serbuan dan merampas pelbagai barangan bernilai RM37.3 juta.

Melalui Op Kontraban pula katanya 64 individu ditahan, melibatkan 110 kes rampasan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM37.1 juta, manakala Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am pula merampas 495 kilogram dadah disyaki jenis syabu dianggarkan bernilai RM17.8 juta.

Menyentuh mengenai intergriti pegawai dan anggota polis, Razarudin berkata masyarakat pada masa kini meletakkan satu standard tinggi dengan menuntut perkhidmatan kepolisan yang berkualiti.

“Saya ingin menarik perhatian hadirin berhubung Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyeliaan dan pemantauan terhadap pegawai serta anggota polis di bawah seliaan masing-masing tanpa pilih kasih atau berat sebelah.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut