CUBAAN SELEWENG 1150 LITER MINYAK PETROL GAGAL

 

TUMPAT 24 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat telah menjalankan Ops Tiris sekitar Tumpat, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 7.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Perodua Kenari berpendaftaran tempatan disyaki membawa bersama muatan minyak petrol didalam tong-tong jeriken.
Nilai rampasan anggaran sebanyak RM 256.25 manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 5,000.00, walaubagaimanapun saspek telah melarikan diri, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Serbuan jam 5.45 pagi tadi telah menghasilkan tindakan kes kedua di Kg. Kedemit, Wakaf Bharu Tumpat, Kelantan pasukan menahan sebuah kenderaan Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan bersama anggaran 1025 liter minyak petrol didalam tong-tong jeriken.
Walaubagaimanapun saspek tiada semasa tindakan kes diambil dipercayai telah melarikan diri, nilai rampasan anggaran sebanyak RM 2101.25 manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 7,000.00, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

KEPENTINGAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN: HAJIJI

UCAPAN: Hajiji semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu, turut kelihatan Musa bersama tetamu kehormat yang lain. KOTA KINABALU: Kepentingan rakyat …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU, BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG

TANGKAP: Suspek berserta dadah jenis syabu yang ditemukan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. LAHAD DATU: Seorang lelaki …
Maklumat Lanjut

RM7.5 JUTA DISALURKAN KEPADA 1,809 USAHAWAN DI SABAH

SERAH: Ewon menyampaikan replika cek semasa dalam majlis itu. PENAMPANG: Sejumlah RM7.5 juta disalurkan kepada 1,809 usahawan di Sabah sejak …
Maklumat Lanjut