LEBIH 24,000 ANGGOTA BOMBA SIAP SIAGA HADAPI MUSIM BAH

24 OKTOBER 2023 : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengarahkan 24,283 pegawai, anggota dan sukarela bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timut Laut (MTL) tahun ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata jabatan turut membekukan cuti yang melibatkan 80 peratus daripada 13,475 pegawai dan anggotanya.

“Walau bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 20 peratus anggota dan pegawai dibenarkan untuk cuti, namun tertakluk kepada situasi bencana yang diletakkan secara berperingkat.

“Pembekuan cuti ini akan bermula sebaik sahaja sekretariat banjir mengisytiharkan operasi penyelamatan banjir di daerah atau negeri,” katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja Rasmi di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Wahab berkata pihaknya turut merangka pendekatan mewujudkan pangkalan hadapan untuk Pantai Timur bagi menempatkan aset-aset lebih awal termasuk di Akademi JBPM Wakaf Tapai, Terengganu.

“Tindakan ini berdasarkan ramalan cuaca 2023 oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang  menjangkakan Pantai Timur merupakan negeri fasa pertama terlibat banjir.

“JBPM juga mewujudkan 13 pasukan gerak cepat yang mempunyai keanggotaan 15 pegawai serta anggota bagi setiap pasukan,” katanya menambah pasukan itu mempunyai pelbagai kepakaran terdiri daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kemahiran pengendalian bot dan bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Abdul Wahab berkata pasukan ini turut diberikan kenderaan khas seperti pesawat udara termasuk landasan helikopter (helipad) di beberapa lokasi berserta aset-aset bersesuaian dengan operasi menyelamat mangsa banjir.

— BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

KEPENTINGAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN: HAJIJI

UCAPAN: Hajiji semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu, turut kelihatan Musa bersama tetamu kehormat yang lain. KOTA KINABALU: Kepentingan rakyat …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU, BERDEPAN HUKUMAN GANTUNG

TANGKAP: Suspek berserta dadah jenis syabu yang ditemukan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut. LAHAD DATU: Seorang lelaki …
Maklumat Lanjut

RM7.5 JUTA DISALURKAN KEPADA 1,809 USAHAWAN DI SABAH

SERAH: Ewon menyampaikan replika cek semasa dalam majlis itu. PENAMPANG: Sejumlah RM7.5 juta disalurkan kepada 1,809 usahawan di Sabah sejak …
Maklumat Lanjut