MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAK BALAS OPERASI BENCANA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

YDH CP Dato’ Khaw Kok Chin, Ketua Polis Pulau Pinang telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Operasi Bencana Bil 1/2023 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, IPD Timur Laut, Pulau Pinang pada 19 Oktober 2023 (Khamis) yang lalu.
Mesyuarat Jawatankuasa Tindak Balas Operasi Bencana adalah bertujuan untuk membincangkan persediaan, penyelarasan tugas dan gerak kerja semua agensi yang terlibat dalam menghadapi bencana banjir kerana Malaysia ketika ini berada pada fasa peralihan Monsun Timur Laut yang bermula bulan November 2023 sehingga bulan Mac 2024.
Mesyuarat ini juga turut menyentuh mengenai pengendalian banjir dan cadangan pengoperasian tindak balas bencana oleh semua jabatan dan agensi yang terlibat.
YDH CP Ketua Polis Pulau Pinang berharap mesyuarat ini dapat dijadikan sebagai satu landasan atau platform untuk bersama-sama melaksanakan tugas bagi menghadapi bencana sekiranya berlaku di negeri Pulau Pinang.
Turut hadir ialah YDH DCP Datuk Mohamed Usuf bin Jan Mohamad, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, YBhg Encik Asa’ari bin Zainudin, Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang, YBhg Encik Mohd Khairilnaim bin Osman, Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Pulau Pinang, YBhg Encik Noorazrein bin Noorazlan Ong, Pengarah Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YDH SAC Winston Tan Thye Wah, Ketua Cawangan Khas, YDH SAC Rahimi bin Ra’ais, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, YDH SAC Puspanathan a/l Wiresingam, Ketua Jabatan Pencegahan AJenayah Dan Ketenteraman Komuniti, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua Formasi dan wakil-wakil Jabatan/Agensi Luar Negeri Pulau Pinang.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut