TUNDA IKAN DI ZON LARANGAN, BOT NELAYAN DITAHAN

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗪𝗜, 𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 – Maritim Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C yang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi) di kedudukan kira-kira 11.4 batu nautika barat daya Pulau Singa Besar petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Romli bin Mustafa berkata, penahanan itu dibuat ketika bot ronda Maritim Negeri Kedah dan Perlis sedang melakukan rondaan operasi Op Aman dan Op Tiris di perairan Langkawi.

Bot pukat tunda dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru kesemuanya warga Thailand dalam lingkungan umur antara 26 hingga 58 tahun telah ditahan berada di zon larangan perikanan.
Tiga daripada kru tersebut juga gagal mempamerkan passport yang sah ketika pemeriksaan sedang dilakukan.

Kesemua suspek beserta bot ditahan bersama ikan campur seberat 100kg dan diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah lima belas batu nautika dari pantai dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan passport yang sah.

Sumber: FB APMM

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …