DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2023 telah diadakan pada 12 Oktober 2023 dan diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Cow Kon Yeow.
Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam Negeri Pulau Pinang untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.




Turut hadir adalah YB Datoโ Haji Rosli bin Isa m, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YDH DCP Datuk Mohamed Usuf bin Jan Mohamad,Timbalan Ketua Polis Negeri, Encik Tajul Ariffin bin Muhamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis dan Perisikan Negara Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri serta ketua-ketua jabatan agensi keselamatan Negeri Pulau Pinang.