KPDN KELANTAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENIAGA BARANGAN TERPAKAI BEG BERJENAMA TERKENAL DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

KOTA BHARU 8 Okt : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Operasi Bersepadu bersama wakil pemilik Cap Dagang selama dua hari pada 4 & 5 Oktober 2023.
Operasi dilaksanakan di premis perniagaan barangan terpakai berjenama yang dijual secara atas talian bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan, penggunaan cap dagangan tanpa kelulusan dan tanpa kebenaran dari pemilik cap dagangan berdaftar.
Serbuan melalui pengaduan oleh wakil pemilik cap dagang hasil daripada pemantauan risikan dan pengaduan pihaknya selama seminggu sekitar Kota Bharu dan Kuala Krai, Kelantan.
Hasil pemeriksaan menemui pelbagai beg tangan pelbagai jenis dan berjenama disyaki pelanggaran menggunakan cap dagangan berdaftar ditemui dalam Operasi tersebut.
3 tindakan tindakan kes dihasilkan kesalahan Seksyen 102 (1)(c) dan 100(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, kawalan dan jagaan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar pada barangan atau perkhidmatan.
Sitaan dilakukan 829 unit beg tangan wanita pelbagai jenama terkenal dilokasi berasingan kejadian satu di Kota Bharu dan dua kes di Machang, Kelantan dengan nilai rampasan keseluruhan bagi kertas siasatan yang dibuka anggaran berjumlah RM 33,314.00

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut