Negeri Sembilan dianggarkan mempunyai sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) mencecah nilai RM30 bilion.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Pejabat Tanah Galian (PTG) telah pun mengenal pasti lokasi terdapatnya sumber tersebut dan kerajaan negeri bersedia memulakan aktiviti perlombongan.
Dalam tempoh akhir tahun ini, pihaknya akan melihat dan memperincikan bagaimana untuk kita buat prosedur operasi standard (SOP) di peringkat negeri dan tambah baik dari segi prosedurnya.
Pihaknya juga akan menggunakan SOP kerajaan Pusat dan akan melihat bagaimana bayaran royalti, lesen dan lain-lain. Itu perkara yang Β akan di pertimbangkan sebelum memulakannya seawal tahun hadapan
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa kerajaan negeri dibenar untuk melaksanakan eksplorasi awal REE berdasarkan SOP Sumber Asli REE dan dasar-dasar mineral sedia ada.
Menurut Aminuddin, pihaknya juga akan melihat keperluan menyediakan pusat sehenti yang dapat memastikan perlombongan REE itu dikawal dan mengikut peraturan ditetapkan.
Selain itu katanya, antara perkara yang akan diberikan perhatian oleh kerajaan negeri sebelum memulakan perlombongan REE adalah berkaitan status tanah kawasan terlibat.
Ada beberapa perkara yang akan dibawa ke dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu tentang bagaimana melibatkan tanah kerajaan, tanah individu atau tanah syarikat yang akan terlibat dalam perlombongan ini.
Pihaknya juga sedia maklum perlombongan yang melibatkan hutan simpan kekal adalah tidak dibenarkan dan buat masa ini belum ada kelulusan mengenainya. Perlombongan hanya melibatkan tanah individu, tanah persendirian, tanah syarikat atau tanah kerajaan negeri.
Sumber:Β Sinar Harian