3,314 BEKAS BANDUAN DI N. SEMBILAN PEROLEH PEKERJAAN, GAJI YANG BAIK

Terdapat seramai 3,314 orang bekas banduan di negeri ini yang telah kembali kepada masyarakat kini mempunyai pekerjaan dan gaji yang baik.

Menurut Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak, pekerjaan tersebut termasuklah menerusi peluang yang disediakan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

Sebanyak 19 buah syarikat menyediakan peluang pekerjaan kepada banduan melalui program parol, PBSL, Perintah Kehadiran Wajib (PKW) yang telah dikenal pasti di Negeri Sembilan sehingga kini.

Terdapat seramai 3,314 bekas banduan yang telah dikembalikan semula ke dalam masyarakat dengan disediakan pekerjaaan dan gaji yang baik. Penjara-penjara di Negeri Sembilan kini telah disusun semula mengikut keperluan Civilized Humane Culture Development Centre (CHCDC)

Penjara Seremban merupakan Penjara Admission dan Reman, Institut Pemulihan Dadah Jelebu sebagai Training Prison dan Pusat Reintegrasi Penghuni Penghuni Mantin sebagai Resettlement Prison.

Penjenamaan ini penting bagi memberi fokus terhadap keperluan yang berbeza selain mampu memudahkan proses penilaian secara individu terhadap setiap banduan bagi memudahkan program intervensi yang bersesuaian.

Program MyPride Fair, Peringkat Zon Tengah, Jabatan Penjara Malaysia yang sedang berlangsung sehingga 7 Oktober ini merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk vokasional dan industri yang dihasilkan sendiri oleh penghuni penjara.Ia dihasilkan oleh banduan yang sedang mengikuti Program Pemulihan Fasa III (Program Kemahiran) di Penjara Negeri Sembilan dan Selangor.

Kesemua produk yang dihasilkan ini akan dijual dan kemudiannya akan memberi pendapatan kepada penghuni penjara yang bekerja di bengkel institusi penjara.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut