MALBATT MISI BAKARA LAMBANG PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

IPOH, 21 September 2023 – Tayangan filem Malbatt Misi Bakara anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah dilaksanakan bertempat di TGV Kinta City, Ipoh.

Program yang bertujuan untuk memperkukuh semangat patriotisme dan cinta akan negara bersempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia ini telah melibatkan seramai 180 orang jemputan terdiri daripada pelbagai agensi Jawatankuasa Geraksaraf Perangsaraf Negeri (JGSPSN) Perak serta guru-guru dan pelajar daripada SM St. Michael dan SK Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Majlis turut diserikan dengan ucapan YBhg Brig Jen Asri bin Shukor, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia dan ucapan perasmian penutup daripada YBrs Tuan Hj Khairul Ridzuan bin Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Perak.

Turut hadir YBhg Dato Haji Shamshuzaman bin Haji Sulaiman (Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak), YBrs Tuan Mohd Rizal bin Hashim (Pengarah JAPEN Perak) serta YBrs TPjR Khairol Faizal bin Rosli (Pengarah RELA Perak).

Diharapkan dengan penganjuran program sebegini dapat memperhebat lagi misi dan visi jabatan dalam menerapkan semangat untuk menjunjung kedaulatan negara di peringkat akar umbi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …