LRA MINI MERANTI BAHARU 99 PERATUS SIAP

 

PASIR MAS – Loji Rawatan Air (LRA) Mini Meranti Baharu, Pasir Mas sudah mencapai kemajuan 99 peratus siap.
LRA tersebut dijangka beroperasi pada awal Oktober depan dan akan memberi kemudahan bekalan air bersih kepada 6,000 pemilik akaun rumah di sekitar kawasan tersebut.
Status semasa pembinaan LRA ini adalah 99 peratus siap dan kini dalam proses kerja-kerja ujian kualiti, Insya Allah, 1 Oktober nanti agihan air terawat akan dapat disalurkan kepada pengguna.
Antara lokasi yang akan menerima manfaat LRA itu meliputi Kampung Banggol Nangka, Kampung Pak Puteh, Kampung Machang Gochoh, Kedai Pohon Buloh, Kampung Belukar, Kampung Pangkal Gerat dan sekitarnya.
Pembinaan LRA Mini Meranti Baharu itu bermula pada 9 Februari 2022 dengan kapasiti pengeluaran air loji sebanyak 6 juta liter/ hari (JLH) menggunakan sumber air bawah tanah yang diperoleh melalui empat unit telaga tiub.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut