CUBAAN SELEWENG 850 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI BERJAYA DIPATAHKAN KPDN KELANTAN

 

PASIR MAS 20 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan negara di Kelantan.
Tindakan kes pada jam 5.00 petang semalam, pasukan telah mengesan sebuah kenderaan Produa Myvi berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak masak bersubsidi.
Kejadian di tepi jalan Salor – Pasir Mas, Kelantan dalam keadaan mencurigakan diekori pasukan telah memberhentikannya disyaki terlibat dalam aktiviti cubaan penyelewengan.
Pemeriksaan identiti keatas pemandu kemudian dikenali seorang lelaki warganegara asing berumur 30an dan penumpang seorang wanita warga tempatan berumur 20an.
Kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan barang kawalan yang berada dalam milikannya disyaki pelanggaran dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Siasatan awal mendapati saspek membawa muatan minyak masak bersubsidi dan sitaan terhadap barang kawalan 850 kilogram dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 2125.00, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 15,000.00.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut