TIGA KESALAHAN UTAMA DIKENAL PASTI JPJ

Kesalahan membabitkan cukai jalan dan perlindungan insurans serta lesen memandu, mencatatkan jumlah saman paling tinggi walaupun dokumen itu adalah keperluan penting untuk mengguna kenderaan di jalan raya.

Malah, dalam insiden membabitkan motosikal penunggang p-hailing disita dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dirempuh, kedua-dua motosikal digunakan didapati tamat cukai jalan dan tiada perlindungan insurans.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, ketiga-tiga jenis kesalahan mengikut Seksyen 23 (1), Seksyen 90 (1) dan Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 itu boleh dikenakan tindakan sita.

Tindakan sita boleh dibuat mengikut Seksyen 64 (1) APJ 1987 yang mana pegawai JPJ boleh menyita kenderaan bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu, identiti kenderaan atau untuk memberhentikan sesuatu kesalahan daripada berterusan. Kenderaan yang disita JPJ boleh dituntut atau dilepaskan apabila identiti pemandu atau kenderaan dikenal pasti, kesalahan yang dilakukan diberhentikan atau dilepaskan oleh mahkamah.

Operasi yang dijalankan pihaknya terhadap penunggang motosikal bukan bertujuan mencari kesalahan, sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada golongan itu susulan peningkatan jumlah kemalangan maut terutama membabitkan ‘mat rempit’.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 61,310 saman dikeluarkan dengan cukai jalan mencatatkan jumlah kesalahan paling tinggi iaitu 20,647 saman diikuti lesen memandu (16,430) dengan motosikal mencatatkan jumlah saman paling tinggi (22,900).

Dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di negara ini, JPJ akan terus mengukuhkan lagi usaha melalui strategi tindakan penguatkuasaan bagi mendidik masyarakat untuk sentiasa mematuhi peraturan.

Bagi mencapai objektif keseluruhan operasi ke arah meminimumkan kadar kemalangan dan kematian, JPJ selaras dengan usaha untuk mengubah sikap pengendali dan pemilik motosikal ketika di jalan raya memfokuskan kepada lapan kesalahan utama. Ia membabitkan langgar lampu merah, tidak memakai topi keledar, ubahsuai kenderaan, rempit, melawan arus, tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut