CUBAAN SELUDUP MINYAK MASAK BERSUBSIDI GAGAL

 

PASIR MAS 12 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan pada jam 8.00 malam semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero berpendaftaran tempatan disyaki membawa bersama minyak masak bersubsidi.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan sekitar Jalan Selising Pasir Puteh, Kelantan membawa muatan minyak masak bersubsidi dipercayai akan diselewengkan.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan yang terbalik tersebut menemui anggaran barang kawalan minyak masak bersubsidi 1349 kg dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 3372.50 dan kenderaan anggaran sebanyak RM 40,000.00.
Seterusnya saspek berumur 29 tahun ditahan bersama barang kawalan yang dijumpai tersebut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut