PROGRAM LATIH AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAN SIMULASI MENYELAMAT TAHUN 2023

Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Simulasi Menyelamat anjuran bersama Jabatan Kebajukan Masyarakat Negeri Sembilan telah diadakan pada 8 dan 9 Semptember 2023 bertempat di Dewan Besar Gemas, Tampin, Negeri Sembilan.

Program dimulakan dengan sesi Table Top pada jam 9 pagi. Sesi Table Top adalah untuk agensi-agensi yang terlibat menerangkan fungsi dan peranan mereka ketika berlakunya bencana. Antara agensi yang terlibat ialah JKM, KKM, APM dan MCMC. Taklimat dari APM telah disampaikan oleh Mej. (PA) Shamil bin Ithman, Timbalan Pengarah APM Negeri Sembilan.

Pada jam 4 petang pula telah bermula sesi simulasi bencana banjir yang melibatkan semua agensi untuk bencana di daerah. Pelbagai senario telah diciptakan untuk menunjukkan lagi situasi dan cabaran agensi-agensi yang terlibat ketika berlakunya bencana banjir. Semua pihak memberi tumpuan dan komitmen bagi menjalankan tugas masing-masing walaupun ianya hanyalah simulasi.

Majlis penutup telah disempurnakan YB Dato’ Mohd Isam Bin Mohd Isa iaitu Ahli Parlimen Tampin. Rumusan program ini telah disampaikan oleh Kapt. (PA) Abdul Rahim Bin Abdul Manas. Program ini amat penting untuk diadakan bagi agensi-agensi terlibat dapat mengetahui peranan dan fungsi masing-masing apabila berlakunya bencana seperti bencana banjir. Semoga latihan sebgini sentiasa diadakan untuk lebih bersedia dan siap siaga bagi menghadapi bencana yang akan datang.Turut hadir Lt. Kol (PA) Mohd Nazri Bin Mes Kam, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan dan semua ketua jabatan yang terlibat.

 

Sumber: APM Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut