KESUKEB MKN NEGERI PULAU PINANG DI PUNCAK TERTINGGI MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: SEMANGAT KENEGARAAN

Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKEB) MKN Negeri Pulau Pinang telah menghantar dua (2) wakil untuk menawan puncak tertinggi Malaysia, Gunung Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos 2023. Wakil MKN Negeri Pulau Pinang, Syafinas binti Azam dan Nasrin binti Abu Hamir yang membawa bersama bendera KESUKEB MKN Negeri Pulau Pinang telah berjaya menawan puncak Gunung  Kinabalu pada 30 Ogos 2023. Dengan misi semangat kemerdekaan yang di sambut pada 31 Ogos 2023, KESUKEB MKN Negeri Pulau Pinang amat berbangga atas kejayaan ini.

Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Antara fakta menarik berkenaan gunung kemegahan rakyat Malaysia ini ialah ianya terhasil daripada pertembungan litosfera Laut China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo. Tekanan itu menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata kasar.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut