PROGRAM (CBSM) KOMUNITI KG. PULAU LARAPAN SEMPORNA

Kg. Pulau Larapan, Sempona : 15 Ogos 2023 Bertemakan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah telah menganjurkan satu program kesedaran strategik Pengurusan Keselamatan Berteraskan Komuniti.

Program melibatkan lebih 300 orang peserta dan agensi termasuklah PDRM, ESSCOM, JKNS, BOMBA, Pejabat Daerah Semporna dan YaPEIM

Antara pengisian program tersebut seperti pemerikasaan kesihatan kepada penduduk oleh Jabatan kesihatan Daerah Semporna, penjelasan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, ceramah daripada PDRM, Demonstrasi memadam kebakaran daripada jabatan Bomba serta ceramah dari beberapa agensi lain.

Keselamatan menyeluruh (COMSEC) adalah suatu usaha berterusan yang seimbang, bersepadu dan terintegrasi di setiap pentadbiran kerajaan dan struktur masyarakat bagi memastikan Negara amnya dan Negeri Sabah khasnya kekal berdaulat, aman dan sejahtera.

Tanggungjawab pengurusan keselamatan negara tidak lagi di dominasi sepenuhnya oleh agensi keselamatan dan penguatkuasaan. Setiap pihak harus berperanan sama dalamΒ  melaksanakan tanggungjawab masing-masing bersesuaian dengan fungsi tugas, kepakaran, peranan dan obligasi mereka bagi mendokong agenda β€œMalaysia Madani”.

Kampung Pulau Larapan adalah pulau yang terpencil yang berada di Daerah Semporna, Sabah. Kampung ini juga amat dekat dengan sempadan Negara jiran iaitu Negara Filipina. Perjalanan dari pekan Semporna ke kampung pulau ini akan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menggunakan pengangkutan bot. Penduduk yang tinggal di kampung ini seramai 1,120 orang dan terdapat 520 buah rumah.

Program ini adalah berinisiatif untuk memberi kefahaman dan pengetahuan yang lebih luas tentang kedaulatan Negara terhadap penduduk kampung agar masyarakat pulau lebih memahami tentang kedaulatan dan keselamatan Negara. Kampung ini juga mempunyai potensi daripada pengaruh negatif yang mungkin boleh merosakkan kedaulatan Negara.

Belia dan Penduduk setempat merupakan komuniti yang akan memacu kepimpinan dan pembangunan negara di masa hadapan. Justeru, pemimpin masyarakat dan penduduk yang menghuni kampung-kampung di kawasan perbatasan tidak lagi terpinggir dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN). Nilai-nilai semangat jati diri dan berpengetahuan merupakan aspek utama sebagai komuniti peneraju masa hadapan.

#MalaysiaMadani
#SabahMajuJaya
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) BANTU KAMI …
Maklumat Lanjut

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ Diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, …
Maklumat Lanjut

MUSA SERTAI 5,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA 1446H

ALBUM: Musa merakamkan gambar kenangan bersama-sama Shahelmey (empat kiri), Masidi (lima kanan), Arifin (tiga kiri), Safar (dua kiri), Jumain (kiri) …
Maklumat Lanjut