Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Khas Motosikal di sekitar Negeri Sembilan pada 3 September 2023.
Tujuan operasi diadakan bagi memfokuskan penguatkuasaan kepada penunggang motosikal termasuk pemeriksaan lesen memandu, lesen kenderaan motor, ubahsuai kenderaan dan lain-lain kesalahan bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut undang-undang selaras dengan APJ 1987 serta Kaedah-kaedah dibawahnya.
Untuk sebarang aduan trafik boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pemgadu dan juga butiran lengkap aduan.
;
Sumber: JPJ Negeri Sembilan